Saya Patuh Arahan Parti - Azmin

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 8:13 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: "Saya patuh arahan parti," demikian reaksi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berhubung cadangan melantik beliau sebagai calon kedua menteri besar Selangor yang baharu.

 

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, beliau kekal dengan pendiriannya sebelum inj untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang dinamakan PKR.

"Saya cukup hargai dan berterima kasih kepada Abdul Hadi (Presiden PAS) yang mencalonkan saya sebagai calon menteri besar selain Dr Wan Azizah.

"Selaku timbalan presiden, saya patuh kepada keputusan yang dibuat oleh parti untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar yang baharu melalui akuan bersumpah yang dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Selangor sebelum ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini, Ahad.

Azmin muncul sebagai calon kedua menteri besar Selangor selepas Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat pada Ahad memutuskan supaya beliau turut dipertimbangkan sebagai calon berpotensi.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , menteri besar , Selangor

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan