MH17: 24 Daripada 43 Mayat Rakyat Malaysia Dikenal Pasti

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 1:46 PM

hishammuddin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa telah berjaya mengenal pasti 24 daripada 43 mayat rakyat Malaysia yang berada di atas pesawat penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 19 lagi mangsa masih tidak dapat ditemui atau belum dapat dikeluarkan dari lokasi kemalangan di Donestk.

"Forensik di Belanda telah mengesahkan bahawa 24 mayat telah dikenal pasti tetapi hanya 16, termasuk seorang warganegara Belanda (kelahiran Malaysia), telah sedia untuk dibawa balik ke Malaysia," katanya.

Ujian DNA terhadap mangsa-mangsa lain masih dilakukan di lapan lapan agensi berkaitan di Amsterdam, menurut sumber.

Malaysia telah mengumumkan bahawa 22 Ogos merupakan hari berkabung kebangsaan untuk mangsa MH17, hari di mana mayat 15 rakyat Malaysia dibawa pulang.

Mayat seorang mangsa rakyat Belanda juga akan berada dalam penerbangan memandangkan waris dan saudara terdekat telah meminta supaya mayat dikebumikan di Malaysia.

"Keluarga mangsa akan diterbangkan dengan pesawat komersial dari Amsterdam lebih awal, manakala mayat akan diterbangkan dengan penerbangan khas, Boeing 747 MAS, pada 21 Ogos. Mayat dijangka tiba pada pukul 10 pagi, 22 Ogos, "kata Hishammuddin.

"Yang di-Pertuan Agong dan menteri-menteri Kabinet akan berada di sana untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa. Kemudian mayat akan dipecahkan kepada dua kumpulan, yang pertama akan dikebumikan di Wilayah Persekutuan," katanya.

Kumpulan kedua akan diterbangkan oleh dua pesawat tentera C-130 dan lima helikopter Nuri ke negeri-negeri masing-masing untuk dikebumikan," kata Hishammuddin.

Hishammuddin berkata kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pagi Ahad bahawa pemimpin-pemimpin negari masing-masing dijangka menyambut ketibaan mayat sebaik tiba sahaja ketibaan.

Setiap kapal terbang hanya akan membawa satu mayat, "kata Hishammuddin.

Beliau berkata mayat rakyat Malaysia yang masih berada di Belanda dan yang belum dikenal pasti akan dibawa pulang kemudian, tetapi masih akan diberikan penghormatan penuh.

"Upacara yang sama akan dilakukan. Mungkin ia tidak disiarkan secara langsung atau mempunyai liputan antarabangsa. Mungkin Yang Dipertuan Agong tidak akan hadir tetapi mereka akan diberi penghormatan yang sama. Semuanya telah dirancang," katanya.

Hishamuddin menggesa negara untuk mengenepikan perbezaan dan bersatu pada 22 Ogos untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa yang dibawa pulang.
Tags / Kata Kunci: MH17 , Hishammuddin Tun Hussein , mayat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan