USM Bakal Lahirkan 30 Pakar Bedah Otak, Saraf Menjelang 2017

Diterbitkan: Sabtu, 16 Ogos 2014 2:20 PM

Seramai 30 pakar bedah otak dan saraf bakal dilahirkan USM menjelang 2017. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) akan melahirkan 30 lagi pakar bedah otak dan saraf menjelang 2017, kata Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains universiti itu, Prof Dr Jafri Malin Abdullah.

Katanya, kesemua 30 pelajar pengkhususan pakar dalam bidang itu akan menamatkan pengajian masing-masing di universiti berkenaan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Beliau berkata, sejak program melahirkan pakar itu dimulakan pada 2001, USM telah mengeluarkan 41 pakar bedah otak dan saraf yang kini berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta di negara ini.

Dr Jafri Malin berkata, dengan jumlah sedia ada dan tambahan 30 graduan pakar yang sedang mengikuti program pengajian, negara akan mempunyai 71 pakar bedah otak dan saraf lulusan USM menjelang  2017.

"Graduan (pakar) kita telah diiktiraf oleh World Federation of Neurosurgical Societies (WFNS) dan pada tahun lepas badan dunia ini telah mengiktiraf Malaysia (USM) di tempat ke-17 daripada 195 negara," katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Agung dan Saintifik Tahunan Persatuan Surgeri Neuro Malaysia di sini, Sabtu.

Dr Jafri Malin berkata, USM mempunyai standard tinggi dalam melahirkan pakar bedah otak dan saraf yang berkualiti dan setaraf dengan pakar dari negara maju.

"Pada dua tahun lepas satu penerbitan jurnal perubatan keluaran WFNS telah menetapkan bahawa kursus Sarjana Neurosurgeri di USM ini yang paling hebat sistem pengajaran dan sistem peperiksaannya," katanya.

Beliau berkata, setiap tahun USM mengeluarkan antara lapan hingga 10 graduan peringkat sarjana kepakaran tersebut walaupun permintaan untuk mengikuti kursus itu ramai kerana universiti lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti.

Katanya, bilangan pesakit berkaitan otak semakin meningkat di negara ini terutamanya pesakit strok dan pesakit mengalami kecederaan otak akibat kemalangan jalan raya.

"Melalui usaha yang sedang dilakukan oleh USM, tempoh menunggu bagi pesakit mendapatkan pembedahan telah berjaya dipendekkan daripada tiga bulan menunggu pada 10 tahun lalu kepada kurang daripada seminggu sekarang ini," katanya.

Katanya, secara keseluruhannya terdapat sebanyak 70 pakar bedah otak dan saraf yang sedang berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta dan jumlah itu adalah tidak mencukupi.

Beliau berkata, kerajaan masih memerlukan 250 pakar untuk menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.


Tags / Kata Kunci: USM , pakar bedah otak , saraf

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan