SPAN Rangka Pelan Mitigasi Atasi Masalah Bekalan Air Di Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 16 Ogos 2014 6:05 PM

CATU
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang merangka pelan mitigasi bersama operator-operator air di Selangor bagi mengatasi masalah perbekalan air di negeri berkenaan.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menyatakan ini merangkumi penguatkuasaan syarat mengikut Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014 iaitu muatan tangki simpanan bekalan air hendak berkapasiti sekurang-kurangnya dua hari penggunaan untuk industri.

Perkara itu antara yang dibincangkan dalam Dialog Industri 2014 kali kedua pada Khamis lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, yang dipengerusikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dan disertai oleh 250 wakil industri.

"KeTTHA melalui SPAN akan memastikan gangguan bekalan air tidak berjadual tidak berpanjangan," kata kementerian itu dalam kenyataan, KeTTHA juga akan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam mencari sumber air lain termasuk air bawah tanah, dan memberi perhatian kepada Program Kecekapan Penggunaan Air termasuk dari aspek pembentukan dasar berkaitan pengurusan permintaan air.

Bagi sektor tenaga, beberapa langkah penambahbaikan kepada mekanisme 'Feed-in-Tariff' (FiT) sedang dirangka termasuk memastikan pengagihan kuota FiT yang lebih telus dan adil, serta memastikan pembayaran FiT oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu kepada penjana dapat disegerakan.

Menurut kenyataan itu, KeTTHA juga mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Kewangan mengenai implikasi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas sektor tenaga khususnya bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna domestik.

Dalam menggalakkan pelaksanaan kecekapan tenaga (EE), kementerian turut mengkaji cadangan untuk menggantikan pemasangan loji-loji janakuasa elektrik pada masa hadapan demi menggalakkan penggunaan elemen-elemen EE.

Dari segi teknologi hijau, kementerian mengadakan perbincangan dengan pihak bank terbabit bagi memudahkan penyaluran pinjaman di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau selain merangka pelan tindakan untuk membaiki mekanisme pensijilan produk hijau.

"Secara kumulatif, pengurangan intensiti karbon yang disumbangkan oleh sektor tenaga, teknologi hijau dan air bagi tempoh 2013 hingga Julai 2014 adalah dianggarkan sebanyak 8.692 tCO2e.

"Angka ini mewakili 5.5 peratus daripada keseluruhan sasaran 40 peratus pengurangan intensiti karbon negara menjelang tahun 2020," menurut KeTTHA.

Tags / Kata Kunci: SPAN , Selangor

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan