Nasrudin Tidak Terima Notis Saman Lim Guan Eng

Diterbitkan: Sabtu, 16 Ogos 2014 9:45 PM

Nasrudin Hassan

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata beliau tidak menerima sebarang notis tindakan undang-undang daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaannya mengenai pembinaan terowong dasar laut di negeri itu diberi kepada sebuah syarikat secara rundingan terus.

Sambil menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan itu, Nasrudin berkata beliau juga bersedia berdepan saman itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Kemerdekaan anjuran PAS Pusat di Padang Temerloh Jaya pada Sabtu.

Turut hadirTimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.     

Nasrudin yang juga Anggota Parlimen Temerloh berkata beliau telah membuat penjelasan berhubung kenyataannya itu dan tidak berniat membuat tuduhan kepada sesiapa.

Sementara itu, Mohamad berkata ketegangan membabitkan Nasrudin dan Lim adalah isu peribadi.

Tags / Kata Kunci: Nasrudin Hassan , PAS , Lim Guan Eng

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan