Hukum Berkabung Harus Dan Tidak Bercanggah Dengan Islam

Diterbitkan: Sabtu, 16 Ogos 2014 7:02 PM

Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amalan berkabung bagi menghormati kematian seseorang adalah harus dan tidak bercanggah dalam Islam, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Bagaimanapun, katanya amalan itu tidak boleh dilakukan secara berlebihan dengan penganjuran upacara tertentu yang dilarang oleh Islam.

"Dalam Islam, seseorang isteri yang kematian suami disunatkan untuk berkabung selama tiga hari sahaja untuk menunjukkan kesedihan dan kesetiaan terhadap suaminya. Namun, kesedihan itu tidak boleh berlebihan seperti terlalu meratap," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Beliau berkata mengikut Islam, amalan mengibarkan bendera separuh tiang berikutan kematian mangsa seperti tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 adalah harus selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Dr Mahmood Zuhdi diminta mengulas mengenai pengisytiharan Jumaat depan sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah 15 warga Malaysia dan seorang jenazah bukan warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 itu di Ukraine bulan lepas.

Istiadat penghormatan ketibaan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Penerbangan MH17 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai setelah ditembak jatuh. 

Namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.   

Dr Mahmood Zuhdi berkata hari berkabung yang diisytiharkan itu menunjukkan seluruh rakyat Malaysia bersedih di atas kematian mangsa MH17. 

Beliau turut mencadangkan supaya semua aktiviti hiburan termasuk operasi di pusat hiburan dan panggung wayang dihentikan sementara sebagai tanda berkabung.

"Keadaan ini adalah sama dengan situasi yang dihadapi oleh seorang isteri yang tidak dibenarkan berpakaian cantik, berpeleseran dan berhibur selama berkabung atas kematian suami," katanya.

Beliau mencadangkan penutupan sementara itu dibuat selama tiga hari selari dengan saranan Islam.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata pengisytiharanJumaat depan sebagai hari berkabung dilakukan untuk mengajak seluruh rakyat dinegara ini supaya bersimpati dengan keluarga mangsa tragedi MH17.

"Kalau berkabung yang hanya sebagai menunjukkan rasa simpati dan sedih serta tidak melanggar hukum syarak Islam, itu tidak menjadi masalah," katanya.

Beliau meminta rasa kesedihan terhadap mangsa MH17 yang beragama Islam dizahirkan melalui doa dengan meminta roh mangsa ditempatkan bersama golongan soleh.  

Tags / Kata Kunci: berkabung , islam , pandangan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan