Empat Dikhuatiri Hilang Di Bukit Wawasan

Diterbitkan: Sabtu, 16 Ogos 2014 9:05 AM

Gambar hiasan pendaki di Bukit Wawasan, Puchong.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat individu dikhuatiri hilang semasa menjalankan aktiviti riadah di Bukit Wawasan, Puchong pada Jumaat malam.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Sehat Bedol berkata mereka dilapor hilang pada kira-kira 9 malam.

"Kesemua mereka gagal dikesan dan usaha mencari masih dijalankan," kata Sehat, yang juga komander operasi mencari dan menyelamat bagi kes itu, ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata usaha mencari membabitkan tujuh anggota dari Balai Bomba Puchong.

Tags / Kata Kunci: Bukit Wawasan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan