UM Perbaiki Ranking, Tersenarai Di Kalangan 400 Universiti Terbaik Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 1:42 PM

UM
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) merupakan institusi Malaysia yang menduduki ranking tertinggi dalam Ranking Akademik Universiti Dunia (ARWU), Univerisiti Jiao Tong, Shanghai 2014 (Shanghai Jiao Tong University’s 2014 Academic Ranking of World Universities).

Ia berada di kedudukan 377 pada tahun ini dan bertambah baik dari kedudukannya sebelum ini iaitu 401-500 pada tahun 2012 dan 2013.

UM menonjol kerana beberapa penyelidik dan kakitangannya telah menerbitkan lebih dari 2,000 kertas Web of Science, kata Dr Ying Cheng, yang merupakan pengarah eksekutif Pusat  Universiti Bertaraf Dunia di Universiti Jiao Tong, Shanghai. 

"Ini termasuklah Prof Dr Saidur Rahman Abdul Hakim dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal UM yang baru-baru ini dinamakan dalam laporan bertajuk The World’s Most Influential Scientific Minds: 2014 (Minda Saintifik Paling Berpengaruh di Dunia: 2014) oleh Thomson Reuters terhadap penyelidik di seluruh dunia yang telah menghasilkan kerja yang paling kerap disebut-sebut," katanya dalam satu temu bual pada Khamis.

Universiti Sains Malaysia menduduki tempat dalam kumpulan 401-500 manakala Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia di kedudukan 501-600.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh mengucapkan tahniah kepada pengurusan dan tenaga pengajar kakitangan UM terhadap pencapaian mereka dalam ARWU.

"Adalah penting untuk mengekalkan dan memperbaiki kedudukan ini pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Idris berharap universiti itu akan terus mengejar ilmu melalui penyelidikan berguna, dalam bidang sains dan seni, dan melahirkan graduan pencipta kerja dan inovasi masa depan untuk manfaat negara.

Dr Cheng berkata UM telah disenaraikan oleh ARWU sejak ranking itu dimulakan pada tahun 2003 dan pada tahun 2011, ia dimasukkan ke dalam kedudukan 500 dan sejak itu, telah mengekalkan kedudukannya dalam kumpulan 401-500 pada tahun 2012 dan 2013.

Naib Canselor UM Prof Datuk Mohd Amin Jalaludin berkata peningkatan ranking 401-500 tahun lepas kepada 377 adalah sesuatu yang menggalakkan.

"Ini adalah peningkatan yang ketara yang menunjukkan bahawa pelan strategik yang dilaksanakan dari 2011 untuk mengukuhkan asas-asas dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengantarabangsaan telah membawa hasil yang positif," katanya.

Dr Cheng berkata ARWU yang dijalankan oleh penyelidik di Pusat Universiti Jiao Tong, Shanghai untuk Universiti Bertaraf Dunia, telah memberikan kedudukan kepada lebih daripada 1,200 universiti setiap tahun.

Universiti Harvard di Amerika Syarikat mengungguli senarai tahun ini diikuti oleh Universiti Stanford, Massachusetts Institute of Technology, University of California, Berkeley, Universiti Cambridge, Universiti Princeton, California Institute of Technology, Universiti Columbia, Universiti Chicago dan Universiti Oxford.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan