Sultan Selangor Titah Tidak Buat Sebarang Keputusan Sehingga 27 Ogos - Abdul Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 9:33 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan beliau supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman mengenai jawatan menteri besar sehingga baginda pulang ke tanah air pada 27 Ogos ini.   

Khalid berkata beliau telah berkomunikasi dengan baginda berhubung perkembangan terbaru politik Selangor termasuk sentimen dalam kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).   

"Tuanku Sultan telah menitahkan yang baginda berpuas hati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti anggota Dewan ketika saya menyembah taklimat pada Isnin lepas (11 Ogos).   

"Seterusnya, Tuanku Sultan telah menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Khalid juga menasihatkan pihak berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan Sultan Selangor supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.  

Pada Khamis, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah WanIsmail mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti daripada 30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) untuk mengambil alih jawatan menteri besar.   

Justeru itu, Dr Wan Azizah berkata beliau telah mengutus surat kepada Sultan Selangor untuk mendapatkan pandangan baginda sekiranya ada keperluan bagi Speaker memanggil sidang DUN untuk memuktamadkan proses pertukaran menteri besar.   

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, turut menasihati Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.      

Dalam reaksi segeranya, Khalid berkata dakwaan presiden PKR itu perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di DUN Selangor sebagaimana termaktub mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan