Protes Di Luar Bangunan SUK Gesa Khalid Berundur

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kumpulan kecil yang terdiri daripada ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengadakan demonstrasi di bangunan SUK di sini pada Jumaat menggesa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berundur.

Kumpulan itu, yang menggelarkan bantahan itu sebagai "Kempen Kembalikan Selangor" melakukan bantahan di luar pintu pagar utama bangunan itu dengan berkata memandangkan Khalid bukan lagi ahli PKR, beliau perlu meletak jawatan dan membuka jalan bagi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih kedudukan menteri besar.

Seorang wakil kumpulan itu, Ng Yap Hwa, berkata Dr Wan Azizah telah mendapat sokongan daripada 30 wakil rakyat pada Khamis, jadi jelas sekali Khalid tidak mempunyai sokongan untuk kekal sebagai menteri besar.

Dia juga mendakwa pemecatan lima anggota exco dibuat tanpa mengikut nilai-nilai demokrasi.

"Beliau (Khalid) memecat ahli exco tanpa meminta persetujuan PKR dan DAP. 

"Ini adalah bertentangan dengan demokrasi kerana rakyat Selangor mengundi untuk parti dan bukan dirinya seorang," katanya semasa mengadakan protes.

Kumpulan itu telah dihalang daripada memasuki bangunan oleh pengawal.

Ahli-ahli kumpulan itu kemudian mengikat reben hitam di pintu utama untuk menunjukkan bahawa demokrasi yang dinyatakan telah mati.
Tags / Kata Kunci: SUK , protes

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan