PAS Selangor Serah Kepada Pusat Ambil Tindakan Terhadap Saari, Hasnul

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 11:08 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS Selangor menyerahkan kepada kepimpinan pusat parti untuk mengambil tindakan disiplin terhadap dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang membelakangkan parti itu apabila menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.     

Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman berkata kepimpinan PAS Selangor dan kesemua 13 Adun PAS di negeri itu telah membawa laporan dan aduan kepada pucuk pimpinan parti mengenai Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang tidak mematuhi arahan supaya menarik balik sokongan terhadap Dr Wan Azizah.   

"Kita telah bertemu Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) serta Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali)...kita kemukakan fakta dan aduan (mengenai perkara ini).   

"Kita telah membawa aduan negeri dan kita serahkan sepenuhnya kepada PAS Pusat untuk tindakan disiplin selanjutnya (terhadap Saari dan hasnul)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.   

Mohd Khairuddin berkata semalam, pihaknya telah mengarahkan kepimpinan partidi peringkat kawasan untuk bertemu dan memberi peluang kepada Saari dan Hasnul untuk memberi penjelasan mengenai tindakan mereka.  

Difahamkan, tindakan kedua-dua Adun berkenaan gagal bersama wakil rakyat lain seolah-olah memboikot pertemuan dengan Hadi, sekali gus menggambarkan pendirian peribadi mereka.

Pada Khamis, Hasnul dan Saari menyertai sidang media bersama Dr Wan Azizah bagi menyatakan sokongan kepada beliau sebagai menteri besar baharu Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.    

Susulan tindakan kedua-dua Adun itu, PAS Selangor memberi tempoh 24 jam kepada mereka untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Dr Wan Azizah atau bakal berdepan tindakan disiplin.     

Mustafa pula dilaporkan berkata kedua-dua Adun itu bertindak bersendirian dan bukan atas kapasiti parti.     

Beliau memberi jaminan untuk menyiasat perkara itu dan meminta kedua-dua Adun berkenaan memberikan penjelasan.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan