MH17: Laporan Awal Kotak Hitam Dijangka Umum September

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 5:37 PM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan awal data kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine 17 Julai lepas dijangka diumumkan pasukan siasatan antarabangsa diketuai Belanda pada awal September ini.

Beliau berkata pasukan siasatan antarabangsa telah membuat laporan dan akan menyerahkannya kepada negara-negara berkaitan.

Pasukan siasatan masih menjalankan siasatan di tapak lokasi nahas dan tidak boleh mendedahkan kandungannya buat masa ini, katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Konvokesyen Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Perak pada Khamis.

Liow berkata pasukan siasatan telah memperoleh suara rakaman daripada kokpit serta kandungan data penerbangan selain mengadakan mesyuarat mengenai laporan awal kotak hitam.

"Semua rakaman daripada kotak hitam itu sempurna, tidak dirosakkan, tidak dicemari dan boleh dibaca dengan jelas," katanya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Mengenai istiadat penghormatan jenazah tragedi itu pada 22 Ogos ini, Liow berkata jenazah akan dibawa pesawat khas Boeing 747 dari Amsterdam yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 pagi.

"Keluarga mangsa diharap bersabar, kuatkan semangat...kerajaan bersama mereka. Kita semua dalam kesedihan, itu yang kerajaan umumkan Hari Berkabung (pada 22 Ogos) kerana ia adalah tragedi negara," katanya.

Pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos sebagai Hari Berkabung Negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat MH17.

Tags / Kata Kunci: MH17 , kotak hitam

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan