Kiki Enggan Komen Sertai Perkasa

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 2:43 PM

Kiki (kanan) bersama seorang lagi ahli baharu Perkasa, Mohd Syahidzuan (kiri) menerima sijil keahlian masing-masing. -foto FB Perkasa Selangor

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wanita yang dirakam memukul kereta seorang lelaki tua dengan kunci stereng, dilaporkan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa tetapi enggan mengulas mengenai perkara itu.

Ketika dihubungi The Star Online pada Jumaat, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, yang dikenali sebagai Kiki, berkata: "Tolong jangan hubungi saya lagi, saya tidak akan memberi apa-apa komen."

Pada Khamis, dilaporkan bahawa Perkasa Selangor telah mengumumkan Siti Fairrah sebagai salah seorang daripada ahli baharunya dengan memuat naik gambar wanita itu sedang memegang kad keahlian dan sijil bersama-sama dengan seorang lagi anggota baharu di laman Facebook Perkasa Selangor. 

"Setiausaha Kehormat Perkasa Selangor menyampaikan kad dan sijil keahlian Perkasa kepada dua orang ahli baharu Siti Fairrah Ashykin Binti Kamaruddin (Kiki) dan Mohd Syahidzuan Bin Samsudin di pejabat Perkasa Selangor," tulis Perkasa di halaman itu.


Tindakan ini dilakukan selepas Perkasa Selangor melancarkan dana untuk membantu 'meringankan beban kewangan' Siti Fairrah untuk membayar denda RM5,000 pada bulan Julai.

Media sosial kecoh seketika selepas video pergaduhan Kiki dengan seorang lelaki tua yang melanggar keretanya tersebar di internet. 

Siti Fairrah mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim mengenakan denda RM5,000 di samping memerintahkannya untuk melakukan kerja komuniti selama 240 jam .
Tags / Kata Kunci: Kiki , Perkasa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan