Malaysia Perlu 50 Peratus Pekerja Berkemahiran Tinggi Menjelang 2020 - Idris Jala

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 6:39 PM

Idris (dua dari kiri) menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara TalentCorp yang diwakili Johan Mahmood Merican dan Pro Canselor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Datuk Dr R Palan, pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu membuat persiapan ke arah mencapai 50 peratus pekerja cekap dan berkemahiran tinggi menjelang 2020 untuk mengekalkan kelebihan daya saing dalam usaha untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Beliau berkata, ironinya, pekerja berkemahiran tinggi merupakan hanya 25.5 peratus daripada 12.7 juta pekerja d negara ini.

Sambil menegaskan bahawa tumpuan dan daya saing adalah ramuan utama ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, beliau berkata: "Kita perlu memberikan tumpuan kepada bidang-bidang yang boleh menjadikan kita juara global dan kerajaan telah memilih 12 Bidang Ekonomi Utama Negara untuk diberikan tumpuan."

Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, berkata untuk berdaya saing kita memerlukan pengupaya dalam bentuk bakat dan tenaga manusia.

Kata beliau, menjadi berdaya saing adalah amat penting untuk menarik pelaburan asing dan tempatan.

Justeru itu, Malaysia perlu mewujudkan suasana yang kondusif agar daya saing dapat berkembang, katanya dalam ucaptamanya semasa pelancaran HR Network, Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) di sini, Jumaat.

HR Network memberikan tumpuan kepada empat bidang yang penting kepada agenda bakat negara kepelbagaian dan keterangkuman, keupayaan sumber manusia, pembangunan kepimpinan, dan kebolehpasaran graduan.

Pada acara itu, Idris menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara TalentCorp dan penyedia latihan sijil profesional sumber manusia yang diperakui oleh Institut Sumber Manusia Australia, Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia, Institut Berkanun Kakitangan dan Pembangunan, dan Persatuan Pengurusan Sumber Manusia.

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican berkata, pensijilan profesional itu akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan aras profesion sumber manusia negara ini, sejajar dengan inisiatif untuk memperkukuh piawaian sumber manusia. 

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Idris Jala

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan