Kaji Usaha Mantapkan Perkongsian Hospital Awam, Swasta - KP Kesihatan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 2:21 PM

Dr Noor Hisham (kiri) dimaklumkan mengenai terapi merawat kecederaan oleh Pengarah Mintcare, Lamine Guendil (kanan) ketika melawat pameran sempena Persidangan Luka Trans Borneo di Kuching, pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kementerian Kesihatan sedang melihat bagaimana perkongsian integral antara hospital awam dan swasta dapat dimantapkan lagi sebagai usaha mentransformasi agenda penyediaan rawatan kesihatan terbaik kepada semua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini bagi mewujudkan satu sistem yang akan membolehkan pesakit daripada golongan miskin di hospital kerajaan dirujuk kepada hospital swasta.

Katanya dalam membangunkan model itu, apa yang penting adalah penentuan kos sebenar setiap rawatan dan sekiranya hospital swasta dapat menyediakan rawatan baik pada kos lebih rendah, pesakit dari hospital kerajaan mungkin boleh dirujuk ke hospital swasta.

Kajian mendalam berhubung perincian kos rawatan setiap jenis 'sakit' akan dijalankan bagi mewujudkan mekanisme untuk merealisasikan perkara itu, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Luka Trans Borneo 2014 di sini, Jumaat.

Beliau berkata, dalam apa keadaan sekalipun, apa yang penting adalah akses kepada rawatan kesihatan perlu disediakan kepada semua tanpa mengira golongan miskin atau kaya.

Beliau berkata, sekiranya usaha itu dapat direalisasikan, hasilnya akan menyaksikan lebih banyak lagi hospital swasta dibina di kawasan luar bandar.

Sementara itu merujuk kepada perkembangan terkini penyakit demam denggi dalam negara, Dr Noor Hisham berkata, setakat ini jumlah kes yang dilaporkan tidak menunjukkan peningkatan ataupun penurunan ketara.

Katanya, angka terkini jumlah kes denggi dalam negara akan dapat diketahui dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, dan menurutnya kerajaan menggerakkan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa Kerajaan Tempatan, Jabatan Pertahanan Awam, RELA dan sebagainya dalam usaha memerangi wabak denggi secara bersepadu.

Bagi pihak Kementerian Kesihatan, beliau berkata petugas kementerian di luar kawasan panas telah digerakkan ke kawasan panas denggi bagi membantu usaha memerangi wabak itu.

Lebih 500 peserta daripada 20 negara menghadiri kongres tiga hari anjuran Malaysian Society of Wound Care Professionals (MSWCP) itu yang menyasarkan untuk melebarkan jaringan kerja antara pihak berkepentingan dan pakar dalam bidang rawatan luka, di samping berkongsi pengalaman dan kepakaran.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan