PKR Dakwa Dapat Sokongan 30 Adun, Sedia Guling Khalid

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 1:18 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Pakatan Rakyat sedia merampas kembali pentadbiran Selangor selepas mendakwa memperoleh kekuatan menerusi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dan sekaligus menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sedia ada.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PR mempunyai sekurang-kurangnya 30 sokongan undi majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor setakat ini.

Menurut beliau, sokongan itu termasuk dua Adun daripada PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Baki 28 Adun yang menyatakan sokongan terhadap Dr Wan Azizah ialah ialah masing-masing 13 daripada PKR dan 15 yang mewakili DAP.

Menurut Dr Wan Azizah, pendirian yang dinyatakan kesemua Adun berkenaan dibuat secara bertulis menerusi surat akuan bersumpah.

"Oleh itu saya mengutus surat kepada Tuanku Sultan Selangor untuk memohon mengadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan tuanku," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Tags / Kata Kunci: PKR , DAP , PAS , Selangor

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan