Demi Wan Azizah, 2 Adun Pas Rela Tinggalkan Parti

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 3:56 PM

Saari Sungib (kiri) dan Hasnul Baharuddin rela meninggalkan PAS demi memastikan Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar Selangor.

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor sedia meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas jika pucuk pimpinannya menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Adun Hulu Klang, Saari Sungib mengakui beliau sedar pendiriannya menyokong Dr Wan Azizah merupakan tindakan yang membelakangi keputusan PAS Pusat yang mahu ahlinya patuh dengan pentadbiran kerajaan negeri sedia ada pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya berpegang kepada apa yang telah saya tandatangani untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah walaupun ia ditolak pimpinan PAS Pusat.

"Kalau itu kesudahan (keluar parti) parti terhadap pendirian saya, saya bersedia," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Khamis.

Saari dan seorang lagi Adun PAS, Hasnul Baharuddin dari kawasan Morib hadir dan menandatangani surat akuan bersumpah yang menyatakan sokongan mereka terhadap Dr Wan Azizah.

Tindakan mereka itu dilihat bercanggah dengan arahan pucuk pimpinan PAS sebelum ini yang menyokong Abdul Khalid sehingga pendirian rasmi parti itu dibuat pada 17 Ogos ini.

Mengulas lanjut Saari bagaimanapun mempertahankan tindakannya dengan menyifatkan ia selari dengan pendirian partinya untuk terus bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Saya bertindak atas kapasiti peribadi saya, atas kefahaman dan keyakinan saya bahawa PAS tidak akan lari daripada polisi dasar untuk bersama PR.

"Saya menganggap tindakan ini adalah satu langkah awal untuk membolehkan Selangor berada terus di bawah PR," katanya.

Sementara itu, Hasrul ketika ditemui turut senada dengan Saari apabila menyuarakan pandangan supaya PR mengambil langkah efisyen bagi mengembalikan Selangor.

Katanya, PR tidak boleh menunggu lebih lama sehingga 17 Ogos ini bagi mendapatkan pendirian PAS berhubung situasi politik di Selangor.

"Banyak kerosakan yang dilakukannya...sudah makin teruk.

"Kita tak boleh tunggu dengan lebih lama lagi...dua hari lepas beliau memecat exco, pada hari ini ada lagi langkah-langkah lain (mungkin diambil) yang saya kira merosakkan PR," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , PKR , Selangor

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan