Isu MB: Exco Selangor, Rodziah Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 6:44 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan daripada Rodziah Ismail sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) berkuat kuasa Khamis.

Beliau berkata peletakan jawatan Rodziah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga itu adalah sah mengikut Artikel 53 (7) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menyatakan mana-mana exco boleh meletak jawatan pada bila-bila masa.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Rodziah atas sumbangan dan khidmat yang diberikan sepanjang menjadi exco Kerajaan Selangor," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, Khamis.

Kenyataan Abdul Khalid itu sekali gus menjawab tanda tanya mengenai kedudukan Rodziah, anggota exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), berikutan dua lagi anggota exco daripada parti yang sama, Dr Daroyah Alwi dan Elizabeth Wong Keat Ping telah digugurkan oleh Menteri Besar itu.

Turut digugurkan ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP.

Pada Rabu, Abdul Khalid dilaporkan berkata pemecatan kelima-lima exco terbabit tidak melibatkan Rodziah yang ketika itu berada di luar negara dan kedudukannya akan diputuskan selepas beliau pulang ke tanah air.

Rodziah bagaimanapun dalam kenyataan media pagi ini berkata beliau akur dengan keputusan parti berhubung kedudukan beliau.


Tags / Kata Kunci: Selangor , PKR , DAP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan