Nasib Ahli Majlis PBT Selangor Ditentukan Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 7:22 AM

Khalid (tiga, kanan) bergambar bersama barisan Exco (dari kiri) Halimah Ali, Ir Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi, dan Ahmad Yunus Hairi pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam, Rabu.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selepas pemecatan lima ahli exco dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pada Selasa, nasib Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor akan diketahui hari ini (Khamis).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan sama ada untuk memecat mereka hanya akan diputuskan selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada Khamis.

"Status Ahli Majlis PBT hanya akan diketahui esok (Khamis). Kami perlu melihat sama ada pentadbiran dan pembangunan di negeri ini dapat berjalan dengan lancar. Jika tidak ada keperluan berbuat demikian (menggugurkan mereka), kita tidak akan melakukannya.

"Namun kita akan melakukannya jika perlu," kata Khalid kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Khalid berkata lima ahli exco yang dipecat - Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabathirao dari PKR serta Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi dari PKR turut dialu-alukan untuk menghadiri mesyuarat MTES pada Khamis.

"Namun bukan sebagai exco. Kami akan mengadakan perbincangan secara terbuka disana," katanya.

Namun, masih belum diketahui jika lima ahli exco yang dipecat akan menerima jemputan Khalid.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan