Jom Raya @ Taska Sabtu Ini Bakal Catat Sejarah

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sambutan Hari Taska 2014 pada Sabtu ini menampilkan kelainan apabila dimeriahkan dengan program 'Jom Raya @ Taska' yang bakal mencatatkan sejarah apabila memperoleh pengiktirafan Malaysia Book of Record.

Ia akan diadakan di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Sambutan anjuran Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) bertemakan 'Memastikan Hak Kanak-Kanak Untuk Pengasuhan Berkualiti' digunakan untuk mengingatkan masyarakat tentang pelbagai aspek berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang perlu diberi perhatian oleh pengasuh, ibu bapa dan masyarakat.



Pengerusi penganjur program tersebut, Jameyah Sheriff berkata, penganjuran kali ini akan mencipta sejarah tersendiri dengan merekodkan penyertaan Taska terbanyak dari seluruh negara.

Katanya, PPBM mensasarkan kira-kira 1,500 penyertaan Taska Institusi (swasta) berdaftar di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak menerusi program Jom Raya @ Taska.

"Buat masa ini, kita baharu menerima 500 penyertaan. Kita harap sebanyak 1,500 akan terlibat dalam program ini nanti," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Pejabat PPBM di Kelana Jaya, di sini baru-baru ini.

Jameyah berkata, terdapat kira-kira 3,172 Taska Institusi yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat ini.

Jelas beliau, pengiktirafan Malaysia Book of Record akan diberikan kepada semua taska yang terlibat, selain meningkatkan kesedaran dan kepentingan kualiti pengasuhan serta pendidikan awal kanak-kanak.

"Setiap Taska digalakkan untuk mengadakan rumah terbuka di premis masing-masing dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan ibu bapa dan kanak-kanak," katanya.

Jameyah berkata, setiap Taska yang terlibat perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM50 bersama dengan surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada PPBM di negeri masing-masing.

Katanya, antara aktiviti yang ditawarkan pada program tersebut adalah pertandingan selfie untuk ibu bapa, rakaman video Hari Raya, kain rentang kreatif bertemakan 'My Taska, My Home' dan poster (Quality 4 Kids).

"Senarai pemenang akan diumumkan di laman Facebook rasmi (PPBMOfficial)," katanya.

Turut diadakan adalah pelancaran tema Advokasi selama tujuh tahun: Ensuring R.E.S.P.E.C.T. For Our Children, pameran dan aktiviti pengasuhan berkualiti.

Menurut Jameyah, sambutan Hari Taska 2014 kali ini lebih bermakna kerana ia melibatkan kolabirasi PPBM, Persatuan Taska Negeri dan JKM.

"Kita mahu semua pihak sedar bahawa peranan Taska ini penting dalam memberikan maklumat tepat kepada  masyarakat, bukan sekadar 'parking lot'," katanya. 

Program itu akan dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KWPKM), Datuk Rohani Abdul Karim.


Tags / Kata Kunci: Hari Taska , PPBM , Jom Raya @ Taska

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan