Dua Adun PAS Dikecam Taksub Wan Azizah

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 8:38 PM

Mohd Khairuddin Othman

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dikecam kerana terlalu taksub  menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik  sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sehingga bertindak membelakangi parti.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya kecewa apabila Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin memilih untuk mengingkari arahan pimpinan PAS supaya terus menyokong pentadbiran kerajaan negeri sedia ada sehingga pendirian rasmi parti dibuat Ahad ini.

"PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulama yang harus kita patuh.

"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan? Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini?" katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pendirian Saari dan Hasnul yang sedia meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas jika pucuk pimpinannya menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Sehubungan itu, kata Mohd Khairuddin, PAS Selangor mengarahkan supaya kedua-dua wakil rakyat itu menarik balik pendirian mereka dalam tempoh 24 jam.

"Tindakan dua Adun PAS di Selangor yang membelakangkan pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak.

"PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang di buat atau menghadapi kesan ekoran tindakan mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Adun , PAS , PKR , Dr Wan Azizah , Mohd Khairuddin Othman

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan