Pengezonan Semula Kawasan Tangkapan Nelayan Mulai 2015

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 12:31 PM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Pengezonan semula kawasan penangkapan ikan bagi nelayan di kawasan pantai timur Semenanjung yang membabitkan tiga zon akan dikuatkuasakan pada 1 Jan tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Ahmad Sabki Mahmood berkata zon A yang dikhaskan kepada nelayan tradisional diperluaskan daripada 5 kepada 8 batu nautika, zon B (komersial) 5 hingga 12 batu nautika kepada 8 hingga 15 batu nautika dan zon C daripada 12 hingga 30 batu nautika kepada 15 hingga 30 batu nautika dari pantai.

"Zon C2 masih tidak berubah iaitu 30 batu nautika hingga ke perairan ZEE (Zon Ekonomi Eksklusif)," katanya kepada pemberita pada majlis interaksi bersama nelayan komersial zon B dan C berkaitan pengezonan semula kawasan penangkapan ikan Pantai Timur di Tawang di sini, malam Selasa.

Ahmad Sabki berkata pengezonan semula nelayan di kawasan pantai barat Semenanjung telah mula dikuatkuasakan mulai 1 Jun lepas dan diterima baik oleh nelayan.

Bagaimanapun, beliau berkata nelayan tradisional mengharapkan pihak penguat kuasa berkaitan dapat melaksanakan tugas dengan lebih tegas terhadap pencerobohan kawasan mereka yang menyebabkan banyak unjang mereka musnah.

Beliau memberi amaran pihak yang melanggar peraturan itu terutama bot pukat tunda, pemilik bot berkenaan akan dikenakan tindakan tegas termasuk menggantung lesen selama setahun.

Ahmad Sabki berkata pihaknya telah melakukan penangkapan hampir 5,000 bot pukat tunda yang melanggar peraturan itu dalam tempoh 10 tahun sejak 2003.

Katanya pengezonan semula itu akan membolehkan kerajaan melaksanakan sistem pengurusan sumber yang lebih berkesan termasuk projek pembiakan ikan untuk faedah nelayan.


Tags / Kata Kunci: Nelayan , Pantai Timur

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan