Selidik Dahulu Sebelum Boikot - Rais Yatim

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 4:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Rakyat negara ini dinasihatkan berfikir dan membuat tindakan yang rasional sebelum berhajat untuk memboikot sebarang produk atau syarikat yang didakwa berkait rapat dengan pihak Zionis yang kini memerangi dan menzalimi umat Islam di Gaza, Palestin.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata mereka disaran agar membuat penyelidikan dan siasatan terlebih dahulu terhadap produk yang dimaksudkan sama ada ia menyumbang terus kepada kerajaan Zionis Israel.

"Kita perlu ada asas yang jelas untuk boikot. Kita perlu tahu apa yang perlu diboikot dan berfikir sama ada tindakan itu memberi kesan terhadap reaksi yang kita mahukan (menjatuhkan kerajaan Israel).

"Kita juga perlu selidik siapa tuan punya syarikat tersebut dan pastikan sama ada ia dimiliki atau mempunyai kaitan secara langsung dengan pihak Yahudi (Zionis)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan bacaan doa selamat untuk mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 dan umat Islam yang dizalimi di Gaza, Palestin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan, di sini, Rabu.

Turut hadir, Rektor UIAM kampus Kuantan, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

Rais dalam pada itu menyuarakan kebimbangan jika langkah memboikot itu memberi impak kepada kesan ekonomi negara memandangkan kebanyakan syarikat didakwa dimiliki rakyat tempatan dan mempunyai pekerja yang majoritinya juga penduduk tempatan.

"Setakat ini tiada sebarang syarikat di Bursa Malaysia yang dimiliki oleh syarikat Yahudi.

"Kita khuatir jika langkah ini berterusan (boikot) akan memberi impak kepada ekonomi negara kerana pihak di sana juga (antarabangsa) bila-bila masa sahaja boleh melakukan perkara yang sama," katanya.

Rais yang juga Pengerusi UIAM berkata pihak UIAM atas dasar prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi oleh penduduk Islam akibat peperangan dengan pihak Israel di Palestin akan sedaya upaya membantu menjaga kebajikan para penuntutnya yang berasal dari Gaza.

Beliau pada majlis itu turut menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada pihak UIAM bagi tujuan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Israel , Gaza

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan