Johor Cadang Wujud Santuari Gajah

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Johor bercadang mewujudkan pusat santuari gajah di Kota Tinggi dalam usaha melindungi haiwan liar itu secara sistematik.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmad berkata satu kawasan dengan keluasan 40.46 hektar di sekitar Endau Rompin dan Panti dikenal pasti untuk pusat itu.

"Kami juga bercadang mewartakan 4,046 hektar tanah lagi di lokasi bersesuaian sebagai kawasan keliaran lebih 170 ekor populasi gajah di Johor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Saintifik Taman Negara Johor anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, Rabu.

Beliau berkata kertas cadangan mengenai projek yang dianggar melibatkan kos RM70 juta itu telah diserah kepada agensi berkaitan baru-baru ini dan kini menunggu kelulusan kerajaan persekutuan.

"Kami mengakui kos yang diperlukan agak tinggi kerana ia melibatkan banyak aspek seperti logistik dan keselamatan termasuk tenaga pakar yang diperlukan untuk memantau projek itu nanti," katanya.

Dalam pada itu, Ayub berkata kerajaan negeri kini dalam proses merangka Pelan Pengurusan Strategik Biodiversiti Johor dan bersedia menjemput penyelidik daripada institusi pengajian tinggi di negara ini untuk menyumbang kepakaran mereka.

Sementara itu, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) telah menandatangani memorandum persetujuan (MoA) untuk membangunkan Taman Negara Johor Gunung Ledang sebagai pusat penyelidikan bersama PTNJ-USM sejak 2012.

"Kerjasama itu turut meliputi keseluruhan kajian dalam bidang sains kaji hayat, arkeologi dan ekopelancongan," katanya.

Susulan kolaborasi itu, kedua pihak secara bersama menerbitkan buku bertajuk 'Biodiversity of Gunung Ledang: Mountaineering The Nature' yang dilancarkan pada Rabu.

Seminar dua hari berakhir esok itu menghimpunkan 75 peserta termasuk daripada Taman Negara Pulau Pinang, Perbadanan Taman Negeri Perak, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Pertubuhan Perlindungan Hidupan Liar (WCS).

Tags / Kata Kunci: Johor , USM , Gajah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan