Isu MB: Rodziah Ismail Masih Kekal Exco

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 2:19 PM

Khalid (tengah) bersama empat Exco daripada PAS yang menyokong kepimpinannya sebagai menteri besar Selangor dan menghadiri mesyuarat Exco di Shah Alam pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail yang merupakan wakil daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih kekal sebagai Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, demikian kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkara itu dijelaskan oleh menteri besar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bersama empat Exco PAS, pagi Rabu.

Menurut Khalid, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Rodziah berhubung pendirian terhadap menteri besar sebaik sahaja beliau kembali dari luar negara.

"Berkenaan Rodziah saya tunggu dia kembali dan kemudian akan buat keputusan. Jika beliau setuju bekerjasama dengan Exco yang ada, maka khidmatnya akan diteruskan," katanya.

Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang mengesahkan Rodziah telah menemuinya sebelum berlepas ke luar negara dan menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan beliau.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan secara terperinci perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu.

Terdahulu, Khalid memecat kelima-lima Exco dari PKR dan DAP iaitu Datuk Teng Chang Kim (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan); Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram); Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar); Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin).

Keputusan tersebut dibuat selepas kelima-lima exco itu mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak menyokong menteri besar dan hanya menurut kehendak parti masing-masing.

Empat Exco daripada  PAS yang kekal adalah Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi,  Sallehen Mukhyi dan Iskandar Abdul Samad.

Mereka menghadiri mesyuarat exco yang dipengerusikan Khalid pagi Rabu.

Tags / Kata Kunci: PKR , Selangor , DAP , PAS

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan