Kempen Boikot Barangan Israel: 80 Peratus Rakyat Malaysia Sokong

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 7:00 AM

Kempen memboikot produk yang menyalurkan dana kepada Israel mendapat sambutan ramai.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kempen memboikot produk syarikat yang menyalurkan bantuan kepada rejim Zionis di Israel mendapat sokongan kira-kira 80 peratus rakyat negara ini.

Perkara itu hasil penelitian gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan Aman Palestin serta 400 persatuan lain yang menyertai kempen berkenaan yang dilancarkan Ahad lalu.

Empat produk yang diboikot menerusi kempen itu ialah Colgate, Coca-Cola, Starbucks dan McDonalds.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pencapaian daripada segi sokongan terhadap kempen ini adalah memberangsangkan.

"Berdasarkan maklum balas yang diterima, kita harap kempen ini akan berterusan kerana kita mahukan rakyat Malaysia solidariti dalam soal menentang kekejaman dan keganasan Israel," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Nadzim berkata, pihaknya juga telah menghantar surat kepada empat syarikat yang dikenal pasti menyalurkan dana kepada Israel dan menindas rakyat Palestin.

"Kita mendesak pihak mereka mengaku menghulurkan dana kepada Israel. Malah, menerusi senarai terbaharu yang diperoleh didapati ada institusi perbankan yang terlibat selepas ia didapati menutup akaun yang dibuka Aman Palestin untuk menghulurkan dana kepada negara bergolak itu," katanya.

Ditanya mengenai kesan daripada tindakan pemberhentian pekerja sekiranya kempen tersebut diteruskan, Nadzim berkata, jika perkara tersebut berlaku pihaknya sanggup menyediakan peluang pekerjaan kepada pihak terbabit.

"Mereka boleh datang ke pejabat kami dan PPIM boleh bantu untuk mendapatkan pekerjaan kepada mereka," katanya .

Tags / Kata Kunci: boikot barangan Israel

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan