Misi Bantuan Kemanusiaan Cuba Masuk Gaza Esok

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 7:54 PM

Azeez tengah) mengadakan sidang media di Dewan Malaysian Abbasiah di Kaherah di sini, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KAHERAH (Mesir): Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza, Palestin akan cuba memasuki negara bergolak itu esok, bersama Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ini kali pertama misi bantuan kemanusiaan diadakan di bawah bendera Malaysia mewakili rakyat negara melibatkan tiga persatuan sekali gus.

Bagaimanapun, katanya, misi itu yang diterajui KP1M berkemungkinan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi memastikan bantuan lebih mudah sampai kepada pihak yang memerlukan.

Abdul Azeez, yang juga pengerusi Biro Kebajikan Umno, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup bersama Duta Besar Malaysia ke Palestin dan Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Palestin di Malaysia, Dr Anwar Al-Agha, Naib Presiden Mercy Malaysia, Norazam Ab Samah dan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Sebanyak 71 peserta KP1M terdiri daripada media, doktor dan sukarelawan, enam anggota Mercy Malaysia serta enam anggota Mapim akan menyertai misi berkenaan.

Abdul Azeez berkata, buat masa ini, KP1M masih menantikan kelulusan daripada pihak kerajaan Mesir bagi memberi kebenaran masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.

"Insya-Allah, kita jangkakan dapat masuk esok, hari Khamis, niat kami sama, kalau boleh masuk kami akan adakan tahlil dan hari Jumaat kita dah boleh letakkan doktor di lima hospital bagi melakukan pembedahan dan sebagainya.

"...dan kita bersolat Jumaat bersama-sama rakyat Palestin di sana dan kita cuba berada hingga Ahad paling tidak, itu pun berpandukan nasihat Duta," katanya.

Abdul Azeez turut percaya kerajaan Mesir akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang sebagai orang tengah bagi mendamaikan pihak Israel dan Hamas, seterusnya melanjutkan tempoh gencatan senjata yang akan berakhir malam Rabu.

Sementara itu, Ku Jaafar berharap pihak kerajaan Mesir dapat memberi jaminan keselamatan kepada anggota misi bantuan sepanjang perjalanan ke sempadan Rafah, terutama di Utara Sinai, yang terletak kira-kira 45 kilometer dari Rafah yang masih berada di bawah kawalan tentera.

"Di kawasan berkenaan perintah berkurung masih berjalan, kerana masih ada isu-isu militan, apa yang kita akan lalui ialah banyak 'checkpoint' di sepanjang perjalanan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Gaza , KP1M , Mapim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan