Pecat Exco: Surat Perkenan Sultan Selangor Didedah

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas didakwa bertindak tidak mengikut undang-undang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mendedahkan surat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemecatan lima exco Pakatan Rakyat negeri itu.

Salinan surat perkenan Sultan Selangor berhubung pemecatan lima exco Pakatan Rakyat yang didedahkan  Khalid di laman Twitternya. 

Menerusi surat bertarikh 12 Ogos yang dialamatkan kepada Khalid itu, baginda mengambil maklum mengenai cadangan untuk menamatkan perkhidmatan lima exco iaitu dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga lagi yang mewakili DAP.

"Beta tiada halangan jika YAB Tan Sri Menteri Besar menamatkan khidmat mereka," titah baginda seperti yang terkandung dalam surat tersebut.

Pada Selasa, Khalid mengemukakan surat cadangan bagi meminta perkenan Sultan Selangor supaya kelima-lima exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya digugurkan serta-merta.

Tiga anggota exco daripada DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V. Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah, sementara exco daripada PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan