Exco PAS Letak Jawatan Jika Umno Sertai Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS memberi kata dua kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa empat exco mereka akan meletak jawatan sekiranya wakil rakyat Umno dilantik menganggotai kabinet Selangor.

Penegasan itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad selepas parti itu dikecam oleh rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat kerana menolak gesaan memboikot mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.

"PAS akan keluar daripada kerajaan jika Adun Umno dilantik sebagai exco. PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat.

"PAS akan menjaga kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun beliau kecewa apabila PAS dituduh sebagai pengkhianat Pakatan Rakyat apabila mematuhi arahan pucuk pimpinan parti untuk terus menjalankan tugas sebagai exco.

"Kami juga mahu memastikan Umno tidak mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang.

"Tetapi kami menghadapi risiko dituduh telah mengkhianati Pakatan Rakyat," katanya.

Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta empat exco PAS Selangor supaya memboikot mesyuarat exco yang dijadual berlangsung pagi Rabu bagi menunjukkan bantahan dan solidariti PR terhadap tindakan Abdul Khalid memecat enam exco PKR dan DAP pada lewat petang Selasa.

Bagaimanapun empat exco PAS yang masih berada dalam kebinet Abdul Khalid iaitu Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Iskandar sendiri hadir pada mesyuarat berkenaan awal hari ini.

Tags / Kata Kunci: PAS , Iskandar Abdul Samad , Khalid Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan