RM27 Juta Bagi Gandakan Aktiviti Basmi Denggi - Subramaniam

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 7:34 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kabinet meluluskan peruntukan tambahan hampir RM27 juta bagi menggandakan usaha memerangi kes demam denggi khususnya bagi dua bulan ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

"Ini membolehkan kita menambahkan kakitangan, menggunakan pihak swasta bantu dalam aktiviti penyemburan ubat, bantu aktiviti Pihak Berkuasa Tempatan dan aktiviti Jabatan Kesihatan di peringkat negeri.

"Harap dalam dua bulan ini kes demam denggi akan turun walaupun bukan pada kadar normal, sebab ini musim denggi," katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet, di sini, Rabu.

Subramaniam berkata, kementerian juga akan membekalkan 100,000 kit diagnostik denggi bagi klinik kesihatan awam dan swasta di Lembah Klang yang dilabelkan sebagai kawasan panas denggi paling banyak di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, kit itu hanya dibekalkan kepada klinik-klinik swasta yang berminat untuk menjalankan ujian mengesan demam denggi lebih awal.

Beliau berkata, kementerian itu akan memperluaskan aktiviti itu ke negeri-negeri lain sekiranya ia membawa hasil positif di Lembah Klang.

"Ia diberi secara percuma dan bayaran tidak boleh dikenakan bagi ujian ini. Kalau ada pihak yang nak mencari untung, mereka akan disenarai hitamkan," katanya.

Rekod kementerian menunjukkan, bagi tempoh Januari hingga 9 Ogos, sebanyak 59,790 kes dilaporkan di seluruh negara dengan 123 kematian.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, "Ops Mega" bagi memerangi denggi sejak 14 Julai lepas, berjaya mengurangkan kawasan panas denggi di Selangor daripada 92 kepada 86 kawasan.

Beliau menyatakan demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan