PKR Kutuk Sepanduk 'PAS Pengkhianat' - Berita Semasa | mStar

PKR Kutuk Sepanduk 'PAS Pengkhianat'

Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 6:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PKR mengutuk sepanduk 'provokatif' di mana pengarah strateginya Rafizi Ramli dipetik menuduh PAS sebagai 'pengkhianat, perkauman dan anti-demokrasi'.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Rafizi 'dengan tegas menafikan' mengucapkan kata-kata tersebut.

"Kami telah mengarahkan ahli-ahli parti untuk menurunkan kain rentang yang berniat jahat itu," kata Fahmi dalam satu kenyataan pada Selasa.

"PKR mengutuk cara yang provokatif di mana musuh-musuh kami mengambil kesempatan daripada keadaan semasa di Selangor untuk menarik perhatian kepada agenda peribadi mereka sendiri. Hentikan permainan politik anda yang tidak bertamadun," kata Fahmi.

PAS masih belum mengesahkan pendirian mereka berikutan krisis menteri besar Selangor walaupun rakan-rakan gabungan mereka, PKR dan DAP, telah bersetuju mengenai penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim daripada jawatannya.

PAS berkata akan membuat keputusan muktamad mengenai isu itu pada mesyuarat 17 Ogos ini.
Tags / Kata Kunci: PAS pengkhianat , Rafizi Ramli , sepanduk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan