Tiada Diskriminasi Jantina Di Lokasi Nahas MH17 - Petugas Khas PDRM

Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 12:18 PM

Petugas khas PDRM tiba di tanah air selepas menjalankan siasatan selama dua minggu di lokasi nahas MH17 di Ukraine.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Tidak wujud diskriminasi tugas terhadap petugas khas wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam usaha penyiasatan di kawasan lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine.

Inspektor How Sin Ni, 27, seorang dari enam petugas khas wanita yang diterbangkan ke lokasi berkenaan sejak dua minggu lepas berkata masing-masing tidak kira lelaki atau perempuan memberikan komitmen terbaik untuk membantu Malaysia mencari kebenaran.

"Tugas kami sama seperti anggota lelaki, apa yang mereka buat, kami juga perlu buat," katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Selasa bersama 33 anggota PDRM yang lain serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sin Ni yang juga anggota forensik PDRM berkata, selain mereka berenam, pasukan penyiasat antarabangsa juga dianggotai kaum wanita dan semua memberikan kerjasama serta komitmen yang baik.

Seorang lagi petugas wanita, Lilian Lemat Ngau Jok, 29 berkata meskipin tidak menafikan wujud perasaan takut ketika memasuki kawasan nahas tersebut kerana ia kawasan bergolak, namun semangat kuat untuk membantu Malaysia membuatkan beliau nekad.

"Sewaktu saya masuk ke kawasan nahas tiada bunyi sebarang letupan tetapi sewaktu rakan lain masuk, memang ada yang menceritakan pengalaman itu. Bagaimanapun, kekangan itu langsung tidak mematahkan semangat kami," katanya.

Penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang termasuk 43 warga Malaysia, dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan