Kementerian Pengangkutan Akan Mula Kajian Lapangan Terbang Di Kulim

Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 6:17 PM

Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah telah dimaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan akan memulakan kajian kemungkinan mereka sendiri terhadap cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim yang dikemukakan baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa, kajian kerajaan negeri dengan persetujuan Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan turut dilaksanakan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) tidak lama lagi.

"Cadangan ini (bina lapangan terbang) telah dikemukakan terus (kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) dan sudah dibincangkan secara terperinci dengan pihak Upen (Unit Perancang Ekonomi Negeri), tentu akhirnya Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan akan juga terlibat dalam perbincangan ini.

"Secara rasmi, saya akui masih belum ada respons daripada kerajaan pusat, perdana menteri sendiri pun, walaupun beliau sudah terima surat daripada saya... tidak memberi surat balas menyatakan tentang pendirian kerajaan pusat.

"Walau bagaimana pun kami aktif dalam perbincangan dengan kementerian-kementerian terbabit mengenai perkara ini. Ia hangat diperbincangkan," katanya menjawab soalan Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor).

Phahrolrazi bertanyakan tentang perkembangan serta maklum balas daripada kerajaan pusat mengenai cadangan pembinaan lapangan terbang itu.

Beliau turut mendakwa ia bakal menelan belanja sehingga mencecah RM5 bilion.

Mukhriz berkata pihaknya bersetuju bahawa projek sebesar itu memerlukan belanja besar dan mengambil masa panjang untuk dilaksanakan.

"Bagaimana pun mungkin ada cara tertentu untuk mengehadkan perbelanjaan (kos pembinaan) supaya yang dibina nanti adalah sebuah lapangan yang praktikal," katanya.

Menjawab pula soalan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) mengenai rasional kewujudan lapangan terbang itu, Mukhriz berkata selain memberi impak positif kepada kewangan kerajaan negeri dan membuka peluang pekerjaan, lapangan terbang itu akan menjadi lapangan terbang serantau untuk wilayah utara dan selatan Thailand.

Selain itu ia juga mengambil kira kesesakan yang dijangka berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dalam tempoh tiga tahun lagi di samping ketidakupayaan dan penurunan jumlah kargo yang dikendalikan di situ pada kadar -10.5 peratus setahun.

Mukhriz berkata antara sebab penurunan muatan kargo melalui LTAPP termasuk kecenderungan agen menghantar barangan kargo terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan treler melalui Lebuhraya Utara-Selatan kerana penerbangan kargo menghadapi masalah.

Beliau berkata lapangan terbang yang dicadangkan di Kulim boleh mengambil alih urusan eksport dan import kargo yang selama ini dikendalikan oleh LTAPP.

"Lokasi dicadangkan sangat strategik iaitu di bahagian selatan Kedah melibatkan daerah Kuala Muda dan Kulim berkeluasan 6,000 hektar, tarikan penumpang dan kargo meliputi kawasan Kedah Selatan yang mempunyai rangkaian kawasan industri di Gurun, Sungai Petani dan Kulim Hi-Tech Park serta Pulau Pinang, utara Perak dan selatan Thailand.

"Kesesuaian lokasi atau tapak lapangan terbang antarabangsa itu akan ditentukan kerajaan negeri melalui kajian kemungkinan yang akan dimulakan tidak lama lagi," katanya. 

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan