PAS Perlu Pantas Bertindak Elak Perpecahan PR - Kit Siang

Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 7:18 PM

Lim Kit Siang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mesyuarat kepimpinan PAS negeri yang ditetapkan pada Ahad perlu mendahului peristiwa dalam tempoh 24 jam akan datang, dengan kemungkinan berlakunya perpecahan dalam Pakatan Rakyat, kata penasihat DAP Lim Kit Siang.


"Strategis Umno/Barisan Nasional bekerja lebih masa untuk mengeksploitasi krisis menteri besar Selangor, melihat kepada senario 12 Umno + 15 PAS + Khalid dan kempen besar-besaran untuk melemahkan kesetiaan wakil rakyat DAP dan PKR untuk mengkhianati pengundi-pengundi di Selangor dan parti masing-masing," kata Kit Siang dalam 'posting' blognya, Selasa.

Beliau menambah kemungkinan berlakunya pembubaran Pakatan adalah disebabkan oleh kenyataan tertentu yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin mengumumkan pada Isnin bahawa wakil rakyat Barisan Nasional Selangor akan menyokong Khalid sekiranya usul tidak percaya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Kit Siang berkata, kempen itu akan mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka sesetengah pihak untuk mewujudkan "kerajaan perpaduan" Umno-PAS.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menggesa para pemimpin Pakatan untuk bertindak dengan segera dengan mengambil kira krisis semasa menteri besar.

"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mesti bertindak dengan segera dan tegas dan tidak menutup sebelah mata dalam perkembangan krisis menteri besar Selangor ketika masa adalah amat penting, membolehkan apa yang mungkin berlaku dalam tempoh 24 jam akan datang mendahului bukan sahaja mesyuarat kepimpinan PAS pada 17 Ogos tetapi menentukan survival Pakatan Rakyat,"katanya.
Tags / Kata Kunci: Lim Kit Siang

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan