Khazanah Tidak Mampu Pulihkan MAS - Tun M

Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 3:46 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan hasrat Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih pemilikan penuh serta menyahsenarai syarikat Penerbangan Nasional (MAS) dari Bursa Malaysia.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan Khazanah sebagai syarikat pemegangan pelaburan milik Kerajaan untuk menguasai sepenuhnya saham MAS tidak akan berjaya dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan nasional berkenaan.

"Saya percaya sebelum penswastaan (proses ambil alih), Khazanah memiliki 70 peratus pegangan saham MAS. Jadi selama ini pun Khazanah mengawal sepenuhnya kepentingan MAS. Namun dalam tempoh 10 tahun, MAS rugi RM10 bilion walaupun disuntik modal ke syarikat itu.

"Jadi mengapa ada yang percaya dengan kawalan 100 peratus oleh Khazanah terhadap MAS, kerugian tidak akan berterusan?" kata Mahathir menerusi blognya chedet.cc pada Selasa.

Sebelum ini Khazanah menyerahkan permohonan rasmi kepada lembaga pengarah MAS untuk melaksanakan langkah pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilih bagi saham-saham biasa MAS.

Apabila selesai, Khazanah akan menjadi pemegang saham biasa tunggal MAS, yang akan dinyahsenarai daripada kaunter Bursa Malaysia.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, pengambilalihan MAS oleh Khazanah tidak akan membantu proses penswastaan syarikat penerbangan itu khususnya membabitkan aliran kewangan.

"Mungkin saya salah tetapi saya rasa pemilikan 100 peratus Khazanah dalam MAS tidak banyak berbeza daripada pemilikan 70 peratus sebelum ini.

"Apabila Ketua Pegawai Eksekutif baharu dilantik, MAS mencatatkan beberapa keuntungan. Tetapi itu adalah melalui penjualan aset. Berapa banyak lagi aset MAS boleh dijual?

"Kita akan melihat ramai orang baharu yang akan menerima gaji besar, elaun serta bonus dan banyak lagi. Itu yang saya percaya mengenai bagaimana Khazanah beroperasi," katanya.
Tags / Kata Kunci: MAS , Khazanah Nasional Bhd , Tun Dr Mahathir

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan