Ikut Arahan Atau Dipecat - Teng Chang Khim

Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 2:21 PM

Teng Chang Khim

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim menegaskan pemimpin DAP Selangor diminta mematuhi arahan parti bagi mengelak dipecat.

Sehubungan itu, beliau hanya akan meneruskan tugas sebagai exco atau meletak jawatan mengikut arahan DAP.

Namun, Chang Khim berkata, ketika ini beliau akan menjalankan tugasnya sebagai exco seperti biasa kerana masih belum menerima arahan sedemikian daripada parti sehingga sekarang.

"Saya masih dibayar gaji sebagai exco, jadi mestilah kerja. Setakat ini tiada arahan untuk letak jawatan.

"Kalau parti suruh kerja, saya kerja. Kalau ada arahan kata letak jawatan, (maka) letak jawatan la.

"Arahan setakat ini teruskan kerja. Mesti ikut arahan parti, kalau tidak kena pecat," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Bangunan SUK di sini, Selasa.

Chang Khim turut mengesahkan beliau tidak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa.

"Sejak dari pukul 9 pagi tadi saya masih belum sempat tengok telefon dan tiada berita atau pesanan dari setiausaha saya bahawa ada pertemuan (dengan MB)," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang itu berkata,  kehadirannya ke Bangunan SUK adalah bagi mempengerusikan mesyuarat biasa berhubung portfolionya.

Sementara itu, seorang exco dari PKR, Elizabeth Wong yang meninggalkan bangunan SUK kira-kira pukul 1 tengah hari enggan memberikan sebarang komen.

Malah, beliau terus beredar dan memasuki keretanya.

Sebelum itu, Khalid menegaskan beliau akan kekal sebagai menteri besar dan mana-mana exco yang tidak setuju bekerja dengannya dinasihatkan supaya meletak jawatan.

Khalid berkata, beliau mendapat sokongan daripada keempat-empat exco daripada PAS iaitu Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Sallehin Mukhyi.

Menurut undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk terus mengadakan mesyuarat exco dan menjalankan urusan pentadbiran negeri.

Khalid dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR pada Sabtu lalu kerana enggan  melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.


Tags / Kata Kunci: Datuk Teng Chang Khim , DAP , exco

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan