Malaysia Kecualikan Tembakau Daripada TPPA Atas Alasan Kesihatan

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 10:55 PM

S Subramaniam

Datuk Seri S. Subramaniam

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Malaysia akan terus dengan pendirian mengecualikan industri tembakau dan produk berkaitan dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang berlangsung berikutan kesannya kepada kesihatan umum, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam.

Beliau berkata meskipun negara lain yang terlibat dalam rundingan itu mempunyai hujah sendiri berhubung perkara itu, Malaysia tetap enggan berbuat demikian.

"Negara lain akan merasakan bahawa perkara ini (pengecualian) akan dilihat seperti mengutamakan industri tembakau tempatan dan sekali gus menyekat persaingan yang adil, namun kita sudah memutuskan untuk berbuat demikian atas alasan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Minggu Kesedaran Kanser Mulut di sini Isnin.

Terdahulu, dalam ucapannya, Subramaniam berkata Malaysia berharap untuk mendapat lebih banyak sokongan berhubung pendirian itu sebelum rundingan TPPA itu dimuktamad.

"Kita seharusnya tidak menyentuh langsung tentang isu tembakau dan kita sebenarnya sudah mencadangkan agar elemen ini dikeluarkan daripada rundingan TPPA. Kita tidak berhasrat menjadi sebahagian daripada pihak yang meliberalisasi industri tembakau," katanya.
Tags / Kata Kunci: tembakau , TPPA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan