37,467 Calon Dapat Tawaran Di IPTA Sesi 2014/2015

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 11:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 37,467 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2014/2015.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Datuk Profesor Dr Asma Ismail berkata mereka terdiri daripada 67,388 calon yang layak daripada 74,071 permohonan dan surat tawaran rasmi akan dikeluarkan mulai Rabu ini.

"Daripada jumlah itu, seramai 21,800 calon (58.2 peratus) adalah daripada aliran Sains manakala 15,667 (41.8 peratus) daripada Sastera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 26,030 atau 69.5 peratus adalah pelajar wanita manakala 11,437 atau 30.5 peratus adalah lelaki.

Katanya, kesemua 3,062 calon Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 turut mendapat tawaran di IPTA bagi sesi Akademik 2014/2015.

Asma berkata untuk sesi akademik kali ini, sebanyak 124 atlet kebangsaan dan antarabangsa, 56 calon orang kurang upaya (OKU) dan 31 daripada kelompok Orang Asli turut ditawar ke IPTA.

Katanya, status permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf Sesi Akademik 2014/2015 boleh disemak mulai esok (Selasa), 12 Ogos pukul 12 tengah hari melalui laman sesawang http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my atau hubungi Hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Beliau berkata semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju menerima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari, iaitu pada atau sebelum 23 Ogos.

Katanya, Bahagian Pengurusan dan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi juga akan membuka kaunter semakan status keputusan permohonan ke IPTA di Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya mulai 12 Ogos hingga 22 Ogos bagi memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.

"Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui saluran Talian Khidmat Bantu (Helpline) di 03-8870 6767 atau Hotline 03-88706777 atau melalui e-emel.
Tags / Kata Kunci: IPTA , Datuk Profesor Dr Asma Ismail

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan