Sultan Kedah Dukacita Kejadian Gugat Keharmonian Kaum, Agama

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Isnin melahirkan rasa dukacita baginda terhadap pelbagai kejadian yang menggugat keharmonian kaum dan agama di dalam negara kebelakangan ini.

Tuanku Abdul Halim bertitah, ramai anak muda yang menyampaikan pandangan dan fikiran mereka melalui media sosial tanpa mengambil peduli sensitiviti hubungan antara kaum, agama, tradisi dan adat resam.

"Amalan hidup bebas di Barat dilihat sebagai moden dan terbuka itu, sebenarnya tidak semuanya selari dengan budaya hidup kita malah boleh meruntuhkan ketamadunan bangsa.

"Suka beta ingatkan bahawa pembinaan negara bangsa Malaysia bertitik tolak daripada kontrak sosial antara rakyat berbilang kaum bagi mewujudkan jaringan perhubungan yang berasaskan kepada toleransi, kesederhanaan dan saling menghormati," titah baginda.

Teks titah ucapan Tuanku Abdul Halim yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah pada majlis perasmian Persidangan Dewan.

Tuanku Abdul Halim bertitah, pelbagai ketegangan agama dan ideologi perkauman yang sedang berlaku dalam masyarakat terutama sekali di pentas media sosial, membayangkan sikap tidak beradab terhadap pelbagai keputusan yang telah dimuktamadkan oleh datuk nenek semua warga.

"Hubungan kontrak sosial antara semua pihak, baik antara raja dengan rakyat, penguasa dengan warga awam, mahupun antara pelbagai golongan dan kaum adalah sendi dan intisari kewujudan dan keharmonian negara dan bangsa.

"Inilah juga satu daripada prinsip Rukunegara yang telah dimuktamadkan sebagai Keluhuran Perlembagaan, maka wajib semua pihak berpegang teguh kepada prinsip ini demi kelangsungan negara bangsa kita," titah baginda.

Dalam perkembangan lain, baginda juga mahu menarik perhatian semua pihak terhadap perkembangan krisis rakyat Islam di negara-negara lain.

"Semua peristiwa ini meruntun hati beta. Krisis di Gaza khususnya, bukanlah konflik agama tetapi konflik kemanusiaan yang membabitkan pembersihan etnik secara sistematik oleh rejim terkutuk Zionis Israel," titah baginda.

Sementara itu, baginda turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris mangsa yang hilang bersama pesawat Malaysian Airlines MH370 dan yang meninggal dunia dalam tragedi MH17.

"Semoga Allah memberikan petunjuk dan memudahkan pencarian pesawat MH370," titah baginda.


Tags / Kata Kunci: Kedah , Sultan Kedah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan