PBS Mahu Perkongsian Kuasa Dalam Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 11:31 AM

(Ubah saiz teks)

SOOK: Parti Bersatu Sabah (PBS) meminta dilaksanakan perkongsian kuasa bersama dalam kawasan parlimen yang ia tidak diwakili.

Setiausaha Agungnya Datuk Johnny Mositun berkata semua komponen Barisan Nasional (BN) termasuk PBS perlu dipertimbang untuk dilantik dalam Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat (UPPM).

"Saya difahamkan di Pensiangan (yang Sook merupakan antara dua kawasan Dewan Undangan Negeri di dalamnya), tiada parti komponen lain selain PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) di dalam UPPM," katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan PBS Sook di sini, Ahad.

Pada masa yang sama, beliau menyeru kerajaan negeri untuk melantik Pemimpin Kemajuan Masyarakat (PKM) yang dahulu dikenali sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) di kerusui Dewan Undangan Negeri yang PBS kalah dalam pilihan raya umum lalu, kepada PBS.

Beliau berkata dengan melantik PKM daripada PBS, ia akan membantu parti itu untuk meneruskan khidmatnya kepada rakyat.

PBS kalah kerusi Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Api-Api dan Sri Tanjong pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu Mositun berkata langkah untuk memboikot produk yang mempunyai kaitan dengan Israel seperti makanan segera McDonald's adalah tidak perlu kerana ia boleh menjejaskan ekonomi tempatan.

"Ia tidak bermakna kita menyokong keganasan di Gaza tetapi premis McDonald's di Malaysia dikendali oleh orang kita sendiri. Premis dimiliki rakyat Malaysia dan kesemua pekerjanya adalah rakyat Malaysia.

"Memboikot premis sehingga menyebabkan kerosakan harta benda tidak akan membantu menghentikan keganasan di Gaza, ia hanya menyemarakkan lagi keganasan yang akhirnya orang kita sendiri yang menjadi mangsa," katanya.


Tags / Kata Kunci: PBS , Sabah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan