Penempatan Guru Ikut Keperluan

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 7:19 PM

P.Kamalanathan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penempatan guru baharu dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut keperluan semasa, kata Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan.

"Kementerian sememangnya serius dalam hal ini," katanya, sambil menambah kementerian telah menempatkan sebahagian guru pada Jun lalu dan sebahagian lagi pada September ini dan Januari tahun hadapan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Gerakan Calon Simpanan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Kementerian Pendidikan di sini hari ini sebelum menyerahkan memorandum berhubung masalah siswazah yang masih tidak ditempatkan sebagai guru setelah menunggu untuk tempoh yang lama.

Terdahulu Kamalanathan menghadiri mesyuarat projek pembinaan tujuh buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) membabitkan kos RM130 juta.

Kementerian Pendidikan pada 8 Julai lepas dalam satu kenyataan berkata sebahagian daripada 1,595 calon simpanan yang telah ditemuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pada Mac tahun ini akan ditempatkan sebagai guru September ini.

Penempatan mereka dijalankan untuk mengisi kekosongan guru yang bersara dan memenuhi keperluan semasa di sekolah menengah berdasarkan opsyen graduan berkenaan, kata kenyataan itu.

Mengenai SJKT, Kamalanathan berkata tindakan setengah pihak yang sengaja mempolitikkan SJKT tanpa bekerjasama mencari jalan penyelesaian, hanya merugikan masyarakat India di negara ini.

Katanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu hanya bertujuan mengelirukan masyarakat India, kononnya kerajaan gagal menyelesaikan isu membabitkan sekolah Tamil dan tidak prihatin terhadap pembangunan sekolah itu.

"Ada pihak yang membangkitkan isu (sekolah Tamil) setelah kerajaan menyelesaikan masalah, lepas itu mereka kata itu suara rakyat. Tidak, itu suara beberapa orang yang ingin mempolitikkan. Kita harus kurangkan politik dan lebihkan kerja," katanya.

Beliau berkata sejak 2009 hingga 2013 kerajaan memperuntukkan sebanyak RM610 juta untuk membangunkan dan menaik taraf sekolah Tamil dan usaha itu berterusan bagi memastikan sekolah Tamil juga mempunyai kelengkapan setanding dengan sekolah kebangsaan dan SJK Cina di negara ini.

Peruntukan itu tidak termasuk RM130 juta peruntukan khas untuk projek tujuh buah sekolah baharu SJKT yang akan dibina dalam tahun ini, katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan