Sukan Bogel P.Pinang: Dia Blogger Bodoh

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 6:17 PM

Mohamed Nazri Aziz

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menolak 'posting' oleh blogger pro-Umno yang mengaitkan beliau dengan acara sukan bogel di Pulau Pinang, sambil menyatakan blogger terbabit "bodoh".

"Dia adalah seorang blogger bodoh. Jika anda ingin membuat blog, sekurang-kurangnya dia perlu ada otak," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (1MCAT) di sini.

Seramai 15 orang termasuk enam wanita, telah mengambil bahagian dalam acara sukan bogel "Permainan Sukan Bogel Pulau Pinang 2014" di pantai di Teluk Bahang, Pulau Pinang dan video aktiviti mereka telah dirakamkan.

Video lima minit menunjukkan mereka dalam keadaan berbogel mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti lukisan badan dan berjalan seperti ketam secara berkumpulan.

Blogger terbabit telah menyalahkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana menggalakkan acara itu, dan menunjukkan gambar Lim dan Mohamed Nazri dalam keadaan mesra untuk mengaitkan mereka dengan acara itu.

Blogger itu juga mengaitkan Mohamed Nazri dengan acara sukan bogel itu kerana beliau berada di Pulau Pinang ini pada 3 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Nazri berkata tuduhan itu adalah tidak berasas kerana beliau pergi ke Pulau Pinang untuk mempromosikan Festival George Town dan sering berada di Pulau Pinang kerana ia dekat dengan kawasannya, Padang Rengas.

"Apabila saya balik ke kawasan saya, saya tidak melihat sesiapa pun berbogel di khalayak ramai. Jika benar saya adalah orang di sebalik acara sukan bogel, maka perlu ada orang berbogel di kawasan saya setiap minggu, kerana saya sering pergi ke sana setiap minggu.

"Blogger bodoh itu tak ada standard, jadi tiada siapa yang perlu peduli dengan tuduhannya," kata Nazri.

Bagaimanapun, Nazri berkata tidak ada pihak yang perlu ditunding jari mengenai kejadian itu, kerana tindakan akan diambil.

"Berbogel di khalayak ramai adalah satu kesalahan, tetapi ini bukanlah masa untuk menyalahkan mana-mana pihak. Yang penting sekarang kita mengambil tindakan terhadap pesalah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan