Kaji Penggunaan Senjata Api Untuk Penguat Kuasa - KPDNKK

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 7:17 PM

Hasan bersalaman dengan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mahmood Adam di majlis penyerahan watikah pelantikan anggota penguat kuasa KPDNKK pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penggunaan senjata api dalam kalangan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semasa bertugas akan dikaji semula memandangkan keadaan operasi yang semakin berbahaya, kata Menterinya Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, buat masa sekarang senjata api hanya boleh digunakan oleh pegawai dengan nisbah satu senjata api digunakan oleh lima pegawai.

"Kita akan kaji semula supaya senjata api boleh digunakan oleh semua anggota penguat kuasa untuk melindungi diri mereka dalam operasi yang kini semakin berbahaya," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Arahan Penempatan Penguatkuasa 310 penguat kuasa di sini, Isnin.

Hasan dalam pada itu berkata, kementerian akan mengusulkan kepada kabinet untuk menaikkan elaun penguat kuasa kementeriannya yang kini RM200 ke jumlah yang akan ditetapkan selepas diluluskan kabinet.

Katanya, cadangan itu dilakukan kerana elaun sekarang tidak setimpal dengan tanggungjawab dan risiko yang semakin meningkat serta bagi menghargai sumbangan 2,476 anggota penguat kuasa KPDNKK yang merangkumi 66 peratus daripada keseluruhan kakitangan kementerian itu.

"Malah melalui 'engagement' penguat kuasa bersama lain-lain agensi, aduan mengenai harga barang sempena Hari Raya Aidilfitri berkurangan malah terdapat negeri yang langsung tiada aduan," katanya.

Hasan berkata, kementerian juga akan mengusulkan cadangan antaranya skim perlindungan insurans kepada semua anggota yang terlibat dalam penguatkuasaan melalui potongan gaji.

Kementerian juga bercadang melakukan penambahbaikan skim penguatkuasaan, mewujudkan pusat latihan dan akademik khusus untuk pegawai KPDNKK, mewujudkan kompleks KPDNKK di setiap negeri mulai tahun hadapan serta mencadangkan agar penggunaan baju seragam diperluaskan kepada pegawai kanan dan anggota pentadbiran KPDNKK, katanya.



Tags / Kata Kunci: KPDNKK , senjata api

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan