Status MB: Khalid Mungkin Kekal Sementara Waktu

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 8:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin akan kekal berada di kedudukan Menteri Besar Selangor buat sementara waktu dan beliau tidak akan meletak jawatan dalam masa terdekat.

Senario terkini berkemungkinan menyaksikan beliau akan terus menerajui kerajaan negeri sehingga akhir bulan ini.

Ia berikutan proses peralihan kuasa yang perlu dipatuhi dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengadakan lawatan ke luar negara Rabu ini.

Baginda hanya akan kembali pada 23 Ogos.

Pada tahap ini langkah logik berikut pemecatan Abdul Khalid daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah untuk mendapatkan pekenan mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor.

Apabila pertemuan itu diadakan, Abdul Khalid secara rasmi akan memaklumkan kepada Tuanku bahawa beliau telah dipecat daripada PKR dan kini secara teknikal merupakan wakil rakyat bebas.

Beliau juga boleh menasihati Sultan untuk memanggil satu persidangan khas Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun jika Abdul Khalid enggan berbuat demikian, Sultan mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan untuk berbuat demikian.

Abdul Khalid juga mungkin boleh memberitahu Sultan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar atau untuk kekal memegang jawatan sehingga ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

Sidang khas berkenaan bagi membolehkan 56 wakil rakyat untuk mengundi sama ada Khalid masih mendapat kepercayaan sebagai Menteri Besar atau tidak.

Usul undi tidak tidak percaya hanya memerlukan majoriti mudah iaitu 29 undi dalam kes Selangor.

Selepas itu, wakil Pakatan Rakyat perlu mencadangkan nama yang akan menjadi Menteri Besar yang baharu untuk pertimbangan pihak istana.

Kebiasaannya istana akan meminta lebih daripada satu nama.

Sebelum ini Abdul Khalid menyatakan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Sultan pada Isnin ketika mesyuarat khas Majlis Penasihat Raja-Raja.

Katanya beliau akan berbincang dan mendapatkan pandangan Sultan mengenai perkembangan terkini di Selangor.

Menteri Besar adalah ahli majlis itu dan beliau boleh menggunakan ruang berkenaan untuk memberi taklimat berhubung apa yang berlaku dan rancangannya dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: Abdul Khalid Ibrahim , Menteri Besar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan