Sultan Perkenan Khalid Kekal MB Buat Masa Ini

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 2:45 PM

Khalid mengangkat ibu jari sebagai respon hasil pertemuan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istan Alam Shah di Klang, Isnin

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau akan kekal sebagai menteri besar Selangor buat masa ini diatas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya telah menghadap Tuanku pada pagi tadi di Istana Alam Shah untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai menteri besar Selangor selepas pemecatan sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Justeru, Tuanku berpuas hati dengan penjelasan tersebut dan memperkenankan saya untuk terus memegang jawatan sebagai menteri besar," katanya.

Abdul Khalid ketika mengadakan sidang media selepas menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah Klang awal pagi Isnin. Turut kelihatan di belakang Abdul Khalid ialah Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang yang juga bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.

Khalid berkata, beliau turut menjelaskan kepada Tuanku bahawa dirinya masih memperolehi kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Jelasnya, beliau akan kekal dengan jawatannya dan menjalankan tugas seperti biasa sehingga terdapat perkembangan baharu.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai PAS atau Umno, Khalid berkata beliau masih belum mempertimbangkan perkara itu.

"Perkara itu akan saya pertimbangkan tapi saya harus bersihkan diri daripada tohmahan PKR," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pemecatannya, Khalid menegaskan beliau tidak akan membawa kes tersebut ke mahkamah tetapi meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) campur tangan dalam kes ini.

"Saya tidak akan bawa perkara ini ke mahkamah tapi akan meminta ROS mengkaji dan melihat tatacara bagaimana pertubuhan (PKR) menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka (pemecatan beliau)," katanya.









Tags / Kata Kunci: Sultan , Selangor

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan