Isu MB: Khalid Hadir Mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 9:15 AM

Kenderaan yang dinaiki Abdul Khalid dilihat memasuki Istana Alam Shah Klang kira-kira pukul 8.45 pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Alam Shah di sini, kira-kira pukul 8.45 pagi Isnin untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Difahamkan Menteri Besar itu akan memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kedudukannya kini selepas dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu lalu.

Abdul Khalid dijangka turut menjelaskan mengenai situasi terkini politik Selangor pada mesyuarat khas Majlis Penasihat Raja-Raja yang dijadual berlangsung kira-kira pukul 10 pagi di sini.

Sebelum ini Abdul Khalid berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar dan dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja selesai diadakan.

Sabtu lalu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara bersetuju memecat Abdul Khalid kerana enggan berundur daripada jawatannya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan