MH370: Hidup Diteruskan Bagi Keluarga Ketua Pramugara

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 10:29 PM

Muhyiddin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Karim bertanyakan khabar Maira Elizabeth Nari (kanan) pada majlis Jalinan Kasih Aidilfitri anjuran kementerian itu di Bangsar, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Hidup diteruskan bagi keluarga kami. Kami menanganinya dengan baik, di sebalik ketidaktentuan ini,", kata Maira Elizabeth Nari.

Maira, 18, anak perempuan ketua pramugara, Andrew Nari yang bertugas di dalam Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang pada 8 Mac di selatan Lautan Hindi, berkata keluarganya sentiasa menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar tidak terlalu memikirkan tentang tragedi itu.

"Hidup ini ada naik turunnya. Saya memang tidak memikirkan tentang bapa sebab saya tidak mahu menunjukkan kesedihan saya kepada ibu dan adik lelaki (Malcolm) saya.

"Dalam tempoh ini, saya mendekatkan diri kepada Tuhan untuk mendapat ketenangan. Sekarang, saya sibuk membuat persiapan bagi peperiksaan akhir semester pertama saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini Isnin.

Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Ditanya apakah yang diperkatakan Muhyiddin kepada beliau dan keluarganya, Maira, yang sedang mengikuti pengajian dalam kursus diploma komunikasi massa di Segi College di Subang Jaya berkata, timbalan perdana menteri menggalakkan Malcolm, 13, supaya belajar rajin-rajin dan memburu cita-citanya untuk menjadi juruterbang.

"Beliau juga bertanya tentang keadaan saya, apa yang saya sedang lakukan sekarang dan minta saya juga belajar rajin-rajin," katanya.

Sementara itu, ibu Maira, Melanie Antonio, 45, yang turut hadir pada majis itu berkata, beliau menyibukkan diri dengan seringkali bertemu keluarga mangsa lain dalam penerbangan MH370 dan beberapa rakannya yang juga bekas kru kabin.

"Kami berkunjung ke rumah satu sama lain. Kami sama-sama saling memberi sokongan. Ia sebuah keluarga besar yang berkongsi ingatan dan cara untuk anak kami menangani insiden ini," katanya.

Melanie meletak jawatan sebagai pramugari MAS selepas pasangan suami isteri itu mempunyai dua anak.

Pesawat Boeing 777-200 ke Beijing dengan membawa 239 orang hilang daripada radar pada 8 Mac, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Analisis data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. 

Tags / Kata Kunci: MH370 , Andrew Nari , MAS

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan