Bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Keluar PKR

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mengisytiharkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta.

'Orang kuat' Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu bertindak mengikut jejak langkah 'bosnya' yang kini berada di luar PKR selepas akibat dipecat parti kerana mendakwa hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Tindakan ini diambil kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit berhubung kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur," katanya pada Isnin.

Beliau berkata demikian menerusi surat (gambar atas) yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bertarikh Isnin.

Mengulas lanjut berhubung pendiriannya itu, Faekah yang kini merupakan Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang yang disandang Abdul Khalid berkata, PKR telah terpesong daripada nilai keadilan yang diperjuangkan diawal penubuhannya.

Abdul Khalid pada Sabtu telah dipecat keahliannya oleh Jawatankuasa Disiplin PKR selepas enggan memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.


Tags / Kata Kunci: DUN , PKR , Selangor

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan