Krisis MB Selangor: Kami Akan Terus Sokong Khalid - Exco PAS

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 8:14 PM

Sallehen Mukhyi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Exco PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata, beliau akan terus berkhidmat di bawah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Bernam ini memberitahu kepada The Star pada Isnin bahawa tidak ada sebab untuk ahli-ahli PAS meletakkan jawatan sebagai exco.

Katanya, ketika ahli-ahli PKR dan DAP mempunyai pendirian mereka sendiri mengenai perkara itu, PAS tidak terikat untuk mengikut mereka. 

"Kita tidak akan meletakkan jawatan, mengapa kita perlu berbuat demikian?.

"Pelantikan menteri besar dilakukan di bawah perlembagaan negeri dan kami akan terus menyokong beliau. Ini adalah prinsip kami, "katanya.

Khalid, yang dipecat dari PKR Sabtu lalu, sebelum ini berkata beliau masih mampu mentadbir negeri ini.

Katanya beliau akan kekal dalam kedudukannya dan ahli exco yang enggan untuk bekerjasama dengan boleh meletak jawatan. 

Adun Pelabuhan Klang berkata peruntukan dalam perlembagaan negeri membenarkan beliau untuk mendapatkan persetujuan Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah untuk membuat perubahan kepada barisan exco yang sedia ada.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad berkata tidak ada langkah untuk memaksa empat ahli exco PAS untuk meletakkan jawatan mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara ini akan menjadi status semasa kerana jawatankuasa PAS pusat akan bermesyuarat untuk membuat keputusan tentang isu MB Selangor pada Ahad. 

Beliau berharap exco PKR dan DAP akan mengambil iktibar daripada contoh PAS dengan tidak meletakkan jawatan mereka.

Tiga ahli exco PAS yang lain, Iskandar Ab Samad (Chempaka), Dr Halimah Ali (Selat Klang) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Tags / Kata Kunci: krisis MB SElangor , Sallehen Mukhyi

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan