Sokongan Exco PAS Bolehkan Khalid Tadbir Selangor

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 3:53 PM

Abdul Khalid pada sidang media berhubung kedudukannya di Bangunan SUK pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sokongan empat Exco PAS membolehkan beliau terus mentadbir kerajaan Selangor sebagai menteri besar.

Berikutan itu juga, katanya, mesyuarat Exco negeri itu juga dapat diteruskan selepas mendapat sokongan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor terbabit berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Menurut artikel 53 (2) (B) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar mesti sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.

"Oleh kerana parti PAS telah nyatakan sokongan dan memaklumkan kepada media yang keempat-empat mereka menyokong saya, maka saya boleh teruskan mesyuarat exco kerajaan negeri," katanya pada sidang media di Bangunan SUK di sini, petang Isnin.

Terdahulu, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang menegaskan beliau akan kekal sebagai Menteri Besar selepas mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.

Khalid turut menegaskan, mana-mana Exco negeri itu yang tidak boleh bekerja dibawah pentadbirannya dinasihatkan untuk meletak jawatan.

"Saya akan terus menjalankan tanggungjawab dan jika mereka (exco) tidak setuju dengan saya, mereka yang patut pergi," katanya.

Bagaimanapun, menteri besar sejak 2008 itu berkata, beliau akan bertemu dengan semua Exco negeri itu untuk mengetahui pendirian mereka terhadap kepimpinannya.

"Saya akan ambil peluang untuk bertemu wakil Exco yang ada untuk bertanyakan kesediaan mereka bersama-sama dengan saya dalam mengendalikan mesyuarat exco dan menjalankan tugas," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan memecat Exco yang tidak menerima, Khalid berkata, menteri besar mempunyai kuasa untuk mencadangkan kepada Tuanku supaya membuat perubahan dalam barisan exco sedia ada.

Namun, katanya, buat masa ini, beliau mengambil pendekatan untuk bertemu dan menemu-bual semua Exco pada Selasa.

Sementara itu, mengulas mengenai undi tidak percaya, Khalid berkata, tidak perlu sidang khas buat masa ini kerana perkara itu tidak berbangkit semasa perjumpaannya dengan Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah, pagi Isnin.

"Sebenarnya yang nak sidang Dewan bukan saya, isu ini tidak dibangkitkan (ketika pertemuan)," katanya.





Tags / Kata Kunci: Menteri Besar Selangor , Bangunan SUK

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan